Sebut saja tentang Android, mesti rata-rata anda akan terbayangkan telefon pintar tu kan? Haha. Tidak semua orang tahu android bukan sekadar ada pada telefon pintar.
Mai sini saya nak perjelaskan dan perincikan apakah itu Android BOX. Rumah anda semua semestinya akan ada satu tv box kan? Tetapi anda mesti tidak tahu, sebab anda hanya tahu ambil alat kawalan (remote) dan terus bukak tv dan astro atau hypp tv..
Tahukah anda astro dan hypp tv tu menggunakan tv box cuma nya ia akan terus dipanggil astro tv box dan juga hypp tv box.
ANDROID BOX
Android box ni fungsi nya sama je dengan telefon pintar cuma beza nya android box ni kite perlu sambungkan @ hubungkan tv.
Pengalaman saya membeli dan menggunakan android box saya, saya bukan jenis cuba dulu dan baru akan beli. Saya ni jenis yang akan baca maklumat di internet contohnya komen dari lazada, video tutorial dari youtube, dan juga komen dari laman buka buku.
Jenis android box yang saya beli Ziddo X1. Seperti gamba diatas la ye. Model nya agak simple tetapi saya memang jenis suka yang simple tetapi super smart. Banyak lagi jenis-jenis android box yang murah dan smart. Cuma ziddo X1 ni je yang manjadi pilihan hati.
Dibawah ini disertakan beberapa gambar android box lain yang setaraf dengan android box pilihan saya:
KEGUNAAN ANDROID BOX
Anda mesti pernah dengar ASTROX kan?? Atau dulu OPEN BOX; kedua2 ini memang menggunakan tv box. Dulu dengan menggunakan open box, anda boleh tengok semua siaran astro tetapi tidak boleh tengok siaran HD dan yuran langganan adalah lebih murah. Sebenarnya yuran nya lebih kurang sama, tetapi open box hanya gunakan data internet dgn skala yang kecil sahaja.
Berbeza dengan ASTROX, siaran astro adalah termasuk siaran HD, menarik kan? Tetapi cuma jurangnya adalah astrox ni akan gunakan android box dan juga memerlukan penggunaan data internet sekurang2nya berkelajuan 4gb dan keatas.
Untuk lebih lanjut mengenai astrox, sila tekan link ini - ASTROX
KODI
Anda tahu apa itu kodi? Kegunaan kodi? Senang je. Kodi ni boleh di masukkan atau install ke dalam telefon pintar atau apa2 sahaja jenis android yang tersedia.
Kodi ni adalah salah satu aplikasi yang tersedia untuk di pasangkan / install pada android box. Dgn kodi, kita boleh tengok sebarang cerita atau drama atau selain nya.
Untuk info lebih lanjut sila tekan link ni - KODI
AKHIRAN
Dengan seciput input yang saya dah karang di atas ini dapat lah kita simpulkan penggunaan android dalam kehidupan seharian kita. Diharap anda boleh berikan sokongan untuk info2 yg kan datang. Salam sejahtera dr saya KuInsanBertuah.



