Friday, 29 July 2016

Android BOX

Sebut saja tentang Android, mesti rata-rata anda akan terbayangkan telefon pintar tu kan? Haha. Tidak semua orang tahu android bukan sekadar ada pada telefon pintar.

Mai sini saya nak perjelaskan dan perincikan apakah itu Android BOX. Rumah anda semua semestinya akan ada satu tv box kan? Tetapi anda mesti tidak tahu, sebab anda hanya tahu ambil alat kawalan (remote) dan terus bukak tv dan astro atau hypp tv..

Tahukah anda astro dan hypp tv tu menggunakan tv box cuma nya ia akan terus dipanggil astro tv box dan juga hypp tv box.

ANDROID BOX

Android box ni fungsi nya sama je dengan telefon pintar cuma beza nya android box ni kite perlu sambungkan @ hubungkan tv.

Pengalaman saya membeli dan menggunakan android box saya, saya bukan jenis cuba dulu dan baru akan beli. Saya ni jenis yang akan baca maklumat di internet contohnya komen dari lazada, video tutorial dari youtube, dan juga komen dari laman buka buku.

Jenis android box yang saya beli Ziddo X1. Seperti gamba diatas la ye. Model nya agak simple tetapi saya memang jenis suka yang simple tetapi super smart. Banyak lagi jenis-jenis android box yang murah dan smart. Cuma ziddo X1 ni je yang manjadi pilihan hati.

Dibawah ini disertakan beberapa gambar android box lain yang setaraf dengan android box pilihan saya:

KEGUNAAN ANDROID BOX

Anda mesti pernah dengar ASTROX kan?? Atau dulu OPEN BOX; kedua2 ini memang menggunakan tv box. Dulu dengan menggunakan open box, anda boleh tengok semua siaran astro tetapi tidak boleh tengok siaran HD dan yuran langganan adalah lebih murah. Sebenarnya yuran nya lebih kurang sama, tetapi open box hanya gunakan data internet dgn skala yang kecil sahaja.

Berbeza dengan ASTROX, siaran astro adalah termasuk siaran HD, menarik kan? Tetapi cuma jurangnya adalah astrox ni akan gunakan android box dan juga memerlukan penggunaan data internet sekurang2nya berkelajuan 4gb dan keatas.

Untuk lebih lanjut mengenai astrox, sila tekan link ini - ASTROX

KODI

Anda tahu apa itu kodi? Kegunaan kodi? Senang je. Kodi ni boleh di masukkan atau install ke dalam telefon pintar atau apa2 sahaja jenis android yang tersedia.

Kodi ni adalah salah satu aplikasi yang tersedia untuk di pasangkan / install pada android box. Dgn kodi, kita boleh tengok sebarang cerita atau drama atau selain nya.

Untuk info lebih lanjut sila tekan link ni - KODI

AKHIRAN

Dengan seciput input yang saya dah karang di atas ini dapat lah kita simpulkan penggunaan android dalam kehidupan seharian kita. Diharap anda boleh berikan sokongan untuk info2 yg kan datang. Salam sejahtera dr saya KuInsanBertuah.

Thursday, 28 July 2016

IBU


AKU MERINDUIMU WAHAI IBUKU...

Sudah hampir setahun kau pergi meninggalkan kami...tanpa memberi sebarang tanda..

Sudah hampir setahun tapi aku masih terasa kehilangan mu..

Aku merinduimu wahai ibuku...

Kasih syg mu xkan ku lupa...

Setiap hari kau minta tuk aku mghubungi mu...agak pelik..lagi rapat dr hubungan kekasih...tetapi

Itu lah petanda kau akan meninggalkan aku dan juga yg lain...

10 bulan..aku langsung xberbicara tentang MU...

Subuh ini aku terigtkan mu...

DOAKU...

Ya Allah... ampunkanlah segala dosa ibuku KHAIRIAH BINTI YATIM... tempatkan lah ibuku di kalangan2 org yg beriman.. semoga kau tenang di sana...
Aminn..

Sebab Berat Badan Mudah Naik

Sememangnya banyak cara untuk turunkan berat badan, tapi cara yg terpaling senang, mudah dan murah ialah dengan diet – tak makan atau kurangkan makan. Saya pun selalu buat cara ni. Dengan diet tanpa makan nasi, atau kurangkan nasi, sememang nya menjadi, berat badan berkurang.

Tapi.. tahukah anda cara ini walaupun yang paling mudah dan berkesan, ia juga cara yang paling cepat untuk naik semula dengan drastik.

Apa SEBAB nya?

  • Bila kita diet tak makan, berat badan akan turun kerana otot kita rosak. Otot lebih berat dari lemak. 
  • Diet tak makan menjadikan badan kita kurang nutrisi. 
  • Toksin masih banyak dalam badan kita. 
  • Metabolisma menjadi rendah. 
  • Keadaan-keadaan di atas menjadikan berat badan mudah naik bila sudah lagi tak mengamalkan diet sebegitu, atau mula makan seperti biasa.

Yang paling tak bagus, diet cara ini menjadikan kepekatan toksin dalam badan kita bertambah tinggi!

Maka; bagaimana pula kalau kita nak menjadikan kita kurus dan berterusan kurus tanpa perlu risau lagi?

Pernah dengar tentang Detoks @ Detox? Tahu tak apa itu detoks? Tahukah anda apa kepentingan detoks dalam mendapatkan berat badan yang diidamkan?

Lihat diagram di bawah ini dan cuba fahami:-


AIR DETOX

Detoks bukan saja untuk kegunaan membuang toksin dari badan. Toksin dalam badan kita adalah punca pelbagai masalah kesihatan termasuk OBESITI!

Kalau nak KURUS, anda boleh gunakan kaedah detoks. Untuk kaedah detoks yang paling berkesan dan terbukti (mampu turun 3kg dalam seminggu @ 5 kg dalam 2 minggu) dengan menjalani proses detoks.

Yang bestnya, tak perlu ambil ubat kurus yang mengandungi bahan berbahaya. Dan tak perlu berlapar! Cuma perlu gembira dan sabar.

Harap info ni berguna tuk kegunaan anda. Sekian saja dari KuInsanBertuah

Monday, 25 July 2016

Android?

Android sehingga kini dah hampir lapan tahun semenjak diperkenalkan; namun begitu, masih ada lagi golongan2 yang x tahu apa itu Android.

Jika anda termasuk dalam golongan ini, maka jgn bimbang; artikel ini adalah penerangan serba sedikit tentang apa itu Android, ciri2, jenis2, dan lain2 info yg berkaitan.


APA ITU ANDROID?

Android adalah nama sistem operasi mudah alih yang dimiliki oleh syarikat Amerika; Google. Ia paling biasa tersedia pada pelbagai telefon pintar dan tablet dari pelbagai pengeluar yang menawarkan pengguna akses kepada perkhidmatan Google sendiri seperti Search, YouTube, Peta, Gmail dan banyak lagi.

Ia bermaksud anda boleh dengan mudah nya mencari maklumat di web, menonton video, mencari arah dan menulis e-mel pada telefon pintar anda, seperti yang anda lakukan pada komputer anda, tetapi bukan ini sahaja, terdapat lebih fiungsi lagi dan kelebihan Android lain selain daripada contoh-contoh di atas.

APA TELEFON ANDROID BOLEH LAKUKAN?

Telefon Android adalah sangat mesra pengguna dan boleh diubah untuk memenuhi citarasa dan keperluan anda; dengan wallpaper, tema (themes) dan pelancar (launchers) yang benar-benar mampu menukar rupa antara muka (inter-face) peranti anda. Anda boleh memuat turun aplikasi untuk melakukan pelbagai perkara seperti aplikasi sosial Facebook, Histagram dan Twitter, mengurus akaun bank anda, tempahan pizza dan aplikasi permainan. Anda boleh merancang aktiviti pada kalendar telefon anda dan boleh disemak semula menggunakan komputer.

Satu lagi ciri kemasan Android ialah dengan secara automatik nya telefon akan menyimpan (back-up) nombor telefon. Apabila anda mula penyediaan telefon Android, anda perlu memdaftar Akaun Google atau hanya log masuk akaun yang sedia ada. Setiap kali anda menyimpan nombor ke dalam buku alamat telefon Android anda, ia juga akan dimasukkan (syncronice) ke Akaun Google anda.

Manfaat nya adalah jika anda kehilangan telefon anda, semua nombor anda akan disimpan. Lain kali jika anda mengunakan telefon Android baru (@ iPhone @ Windows) dan log masuk dengan Akaun Google anda, semua kenalan anda dan nombor rakan akan dipaparkan dalam buku alamat telefon baru anda dengan serta-merta, anda tidak perlu untuk memindahkan atau mendapatkan nombor telefon dari tempat lain.

Penyelarasan (syncronize) adalah satu cara untuk telefon anda menyimpan semua maklumat anda; laman web, kenalan, entri kalendar dan aplikasi up-to-date. Ia boleh dilakukan dari sumber data mudah alih telefon @ dengan menggunalan sambungan Wi-Fi.

GULUNGAN

Seperti mana yg kita tahu drpd info di atas, byk kegunaan yg Android tawarkan kepada kita untuk kegunaan seharian kita. Diharap anda boleh berikan sokongan untuk info2 yg kan datang. Salam sejahtera dr saya KuInsanBertuah.

Sunday, 24 July 2016

Seloka Puteri Hati

Assalamualaikum pembuka bicara
Seloka puteri hati menjadi cerita
Apa khabar korang2 semua
Semoga Korang baik-baik Saja

Dimulakan dengan rasa kesyukuran

Alhamdulillah diangkat kepada tuhan
5 November 2013 menjadi kenangan
Menjadi ingatan sepanjang zaman

Kelahiran dinanti dengan debaran

Bersalin melalui kaedah pembedahan
Kerana tiada daya untuk meneran
Kes dirujuk sebagai kes kecemasan

9.01 pagi detik bersejarah

Terdengar tangisan yang sungguh Indah
Walau badan tiada daya selepas dibedah
Memanjat kesyukuran dengan kebesaran Ya Allah



Nur Syahiratul Humaira nama diberi
Cahaya Kegemilangan Gadis Berpipi Merah punya erti
Bayi comel lincah sekali
Senyuman boleh mencairkan hati

Kini sudah 3 bulan usia

kalau lapar, wah.... meriahnya suasana
Jangan lambat disusukan anakanda
Lepas kenyang tersenyum gembira


Waktu tidur ada masanya
Lagi lena tidur dalam kereta
Maklumlah dalam kereta penghawa dingin ada
Tambahan pula empuknya tidur di riba

Wahai Puteri Hati kami

Jadilah seorang muslimah yang berbudi
Pohon keberkatan hidup dari Illahi
In Sha Allah selamat duniawi ukhrawi.

Sekian saja seloka untuk anakanda

Puteri hati penghibur papa mama
Semoga menjadi puteri yang berwibawa
Doa papa mama mengiringimu selamanya.

Note: Special credit to my wife yg karang Seloka Puteri Hati ni.

Monday, 18 July 2016

Langkah Pertama utk Memulakan Hidup

KALI PERTAMA TEMUDUGA;

Walaupun masih dalam situasi tegang (situasi apakah itu, nak kne dptkan kebenaran MEM utk cerita situasi apakah itu), aku cuba jgak ambil peluang utk memulakan langkah pertama selepas hbs belajar, iaitu pencarian kerja. 

Oleh sbb tempat interview ni dekat je dgn rumah atok aku, sememang nya aku akan join interview tu.
Tarikh utk interview ni: 15 Oktober 2010. Dgn langsung xde persiapan tentang company yg aku akan pergi interview, dgn hanya paham APA ITU TAKAFUL; hanya dapatkan maklumat dr sumber internet. aku tidur dgn nyenyak nya utk bersiap temuduga esok.

Prudential BSN Takaful
Image result for prubsn takaful
Dgn hanya interview yg mengambil masa kurang dr 15 minit, pegawai itu terus minta semua candidate berkumpul utk diberikan penerangan tntg company & apa yg akan masing2 lakukan. Lepas penerangan barulah aku tahu; Direct Sale @ Penjual Insurans.

Oleh sbb ni yg pertama, aku ambil keputusan utk terima kerja ni & teruskan sesi pengenalan pada hr keesokan nya. Dgn dimulakan dgn sesi Grooming, Product Knowledge & entah apa lagi aku da lupa, habis je sehari suntuk belajar, dlm jam 5 petang aku blk dan berazam, esok xnak datg, sbb aku rasa, aku ni bukan jenis yg lidah berbunga, aku ni bukan la 'sweet talker'.

Maka, bersambung la temuduga kedua nnt plak ye.

Salam Perkenalan

Salam perkenalan & salam permulaan kepada semua yg baca blog ni. Panggilan aku: syazril@L@Bud@Apis, mana2 pun boleh; asalkan selesa.

Semua org ade blog, aku pun teringin nak ade tempat untuk meluahkan apa yg tersirat dalam isi hati, tp xtau la ade idea ke x nk nukil2 n ngolah2 nih. Maaf kiranya info dlm blog ni kurang berguna untuk pembaca sekalian.

Hari ini tanggal 17 Julai 2016 aku merasmikan blog ini untuk tujuan menceritakan kisah hidup aku yg aku anggap bertuah ini.

Nota: Semoga korang enjoy dgn segala info & cerita dr blog ini ye.

Sunday, 17 July 2016

Sedikit Biodata aku setakat bulan Julai 2016 ni


AKU

Aku dilahirkan dalam bulan Mac 1988; Lokasi - Hospital Besar Kangar Perlis; Dilahirkan secara ikut tingkap (operation) oleh Puan Khairiah yg disebabkan oleh Encik Suid (jangan marah abah ku sayang) pada kira2 jam 10 pagi (kalau x silap la).

Nama aku dalam perancangan asalnya sebenarnya perempuan, (sebenarkan abah aku teringin anak perempuan sebab aku ni anak kedua diorang & yg sulong nya adalah Mohamad Syazril Redzuan). Kata diorang, nak buat kejutan. Nama jika perempuan adalah Syazwani. tetapi oleh kerana yg keluar adalah lelaki, diorang gunakan semula nama abg aku: Mohamad Syazril hafiz.

Untuk pengetahuan korang, abah aku ni lain sedikit, dia nak kami anak2 dia ade huruf S; sebab nama dia pun S.u.i.d.

ISTERIKU

Dia dilahirkan dalam bulan April 1989; Lokasi - Pagoh Johor; Dilahirkan secara ikut pintu (normal) oleh Puan Zaharah yg disebabkan juga oleh suaminya Encik Ithnin; alamak, masanya xtau. Nama diberi pula ialah Nurul Saidatul Atiqa (gabungan nama oleh mak saudaranya kot; biasa la, cucu perempuan sulong dlm keluarga Hj Atan nya)

ANAK KU I

Yg ni dilahirkan dalam bulan November 2013 (jatuh pada hr maulidul Rasul, dapatlah buah tgn sikit dr majlis Agama Islam Johor): Lokasi - Muar Johor; Dilahirkan secara ikut tingkap (sebab doktor kata masa tu dia dah mengeluarkan najisnya dalam perut sedangkan bukaan xlebih 4cm selepas 6 jam menanti) oleh isteriku secara wajibnya (isteri masih satu sahaja setakat ni; jgn marah mem) dan disebabkan oleh semestinya aku (hehe). pada kira2 jam 9 pagi. Nama asalnya diberi adalah Nur Syahiratul Humaira (sekarang dah tukar atas sbb2 tertentu, cerita nya akan menyusul nanti2 yer; tujuan blog ni la katakan).

ANAK KU 2

Yg ni pula dilahirkan dalam bulan Jun 2015 (jatuh plak sama tarikh dgn sambutan hari kelahiran Agong kita); Lokasi - Kota Kemuning Selangor; Dilahirkan secara ikut pintu (tapi selama lebih kurang 5 jam doktor berjaga secara penuh) oleh isteriku juga secara wajibnya dan disebabkan oleh semestinya aku lagi (hehe). pada kira2 jam 4.30 petang. Namanya pula diberi adalah Nur Aisya Qaisara.

PENUTUP

Secara lengkap nya, setakat hari ini 17 Julai 2016; aku bersama isteri dikurniakan 2 orang puteri untuk menerangi kehidupan harian kami. Yg dalam perut plak baru 10 minggu (hehe); rezeki dikurniakan oleh Allah, kita sebagai hamba, kami menerima dgn hati yg aat terbuka.